I am...

My photo
Kuching, Sarawak, Malaysia
Kinda a lover of Chihuahuas and I appreciate the meaning of 'friends' very much. Somehow,it is hurt to have friends who need you only when they are in need but leaving you when they want to. But then, I believe God has destined this so that I got to know Him better and makes myself a true lover to Him. Amen.

WHO DO U CALL A FRIEND?

Jika sekali kamu menerima erti 'sahabat', jangan sesekali pernah mengkhianati dia yang kau gelarkan 'sahabat'.
Kerana dia adalah 'sahabat' dan kamu sendiri yang memilih dia..
'SAHABAT' dan 'SAUDARA'...pernahkah kamu membezakan ertinya? Sebaiknya jangan, kerana jika dia adalah benar-benar 'SAHABAT' dia jugalah 'SAUDARA'...
Namun harus kau akui bahawa Dialah sahabat dan juga saudara yang paling setia, yang tidak pernah akan meninggalkan engkau biarpun engkau tak punya apa-apa buat Dia. Dia tidak melihat siapa engkau... Dialah Yesus, kekasih paling setia...The deepest part of my heart saying that 'I love Jesus'.
Completely voice out by:
Yan.

Saturday, August 15, 2009

"Kanak-kanak lima tahun seberat 76kg"

8:21 AM


" NEW DELHI - Seorang kanak-kanak perempuan berumur lima tahun di Benggal Barat mencetuskan kebimbangan ibu bapanya dan doktor kerana mengalami masalah berat badan yang melampau.
Kanak-kanak itu, Suman Khatun mempunyai tabiat makan yang luar biasa sehingga menyebabkan berat badannya mencecah 76.20 kilogram (kg). Pada setiap minggu, Suman makan 10kg beras dan 24 butir telur. Keluarga kanak-kanak itu memperoleh pendapatan £6 (RM35) seminggu. Keadaan itu menyebabkan Suman terpaksa meminta makanan daripada jiran atau rakan-rakannya jika keluarganya tidak mempunyai makanan.
Suman menderita penyakit kelenjar pituitari yang tidak berfungsi dan ia memerlukan rawatan khusus di sini.
"Kami terdesak bagi mendapatkan rawatan buat Suman tetapi kami tidak mampu untuk pergi ke bandar," kata ibunya, Belly Bibi, 33."

Source: Kosmo (15 August 2009)

0 comments:

Post a Comment