I am...

My photo
Kuching, Sarawak, Malaysia
Kinda a lover of Chihuahuas and I appreciate the meaning of 'friends' very much. Somehow,it is hurt to have friends who need you only when they are in need but leaving you when they want to. But then, I believe God has destined this so that I got to know Him better and makes myself a true lover to Him. Amen.

WHO DO U CALL A FRIEND?

Jika sekali kamu menerima erti 'sahabat', jangan sesekali pernah mengkhianati dia yang kau gelarkan 'sahabat'.
Kerana dia adalah 'sahabat' dan kamu sendiri yang memilih dia..
'SAHABAT' dan 'SAUDARA'...pernahkah kamu membezakan ertinya? Sebaiknya jangan, kerana jika dia adalah benar-benar 'SAHABAT' dia jugalah 'SAUDARA'...
Namun harus kau akui bahawa Dialah sahabat dan juga saudara yang paling setia, yang tidak pernah akan meninggalkan engkau biarpun engkau tak punya apa-apa buat Dia. Dia tidak melihat siapa engkau... Dialah Yesus, kekasih paling setia...The deepest part of my heart saying that 'I love Jesus'.
Completely voice out by:
Yan.

Thursday, September 24, 2009

KEYAKINAN PENGAMPUNAN

11:06 PM

Mari kita sama-sama lihat pada 1 Yohanes 1:8 hingga 1 Yohanes 2:2 (1 JOHN 1:8 to 1 JOHN 2:2)
Apa yang firman Tuhan katakan?

1 YOHANES 2:2
Dan Dia (Yesus Kristus) adalah pendamaian untuk segala dosa kita, dan bukan untuk dosa kita saja, tetapi juga untuk dosa seluruh dunia.

1 JOHN 2:2
He is the atoning sacrifice for our sins, and not only for ours but also for the sins of the whole world.

Meski Yesus telah mati untuk dosa-dosa kita, bukan bermakna kita ini tidak lagi berdosa. Namun yakinlah bahawa dengan cinta kasih Bapa dan Kristus, kita diampuni.
Katakan seorang rakan pergi ke rumah anda dan tanpa sengaja telah memecahkan barang yang paling berharga dalam rumah anda. Ya, mungkin anda marah pada saat itu namun rakan anda benar-benar menyesali perbuatannya. Setiap kali dia menemui anda meski telah bertahun-tahun perkara itu berlalu, dia sentiasa berkata "Maafkan saya!". Apa yang anda rasa? Tentu anda akan berkata "Lupakanlah, perkara itu telah lama berlalu. Saya juga tidak ingin mengingatkannya lagi"

Nah, inilah analoginya. Jika setiap kali anda meminta kemaafan kepada Tuhan dengan penyesalan yang tulus ikhlas, Tuhan juga tidak ingin mengingatkannya lagi. Pernah terjadi di sebuah tempat, ini adalah kesaksian seorang Pastor. Adalah seorang ibu ini yang memiliki karunia untuk berbicara dengan Tuhan meski dia tidak melihatNya. Maka suatu hari, Pastor ini bertanya kepada ibu itu, "Jika engkau berbicara lagi dengan Tuhan, tolong tanyakan apakah Dia masih ingat akan dosa-dosa laluku?"

Kemudiannya, ibu itu bertemu lagi dengan Pastor itu. Maka katanya,"Tuhan berkata kepadaku bahawa Dia sudah lupa apakah dosa-dosa yang telah engkau lakukan."

Allah Bapa itu maha mengampuni. Dia amat mengasihi, maka Dia telah menyerahkan Putera tunggalnya menjadi Penebus dan Juruselamat kita. Apakah anda (orang-orang Kristian) mash tidak percaya kepada pengampunan Tuhan. Janganlah engkau pernah berkata, "Oh, dosaku sudah terlalu banyak dan tidak terampunkan. Biarlah hendaknya aku terus hidup di dalam dosa." Anda salah saudara di dalam Kristus. Terimalah Yesus sebagai Juruselamat anda sekarang. Dia tahu kerinduan anda.

Renungkan juga firman ini:
Jika kita berkata bahawa kita tidak berdosa, maka kita menipu diri kita sendiri dan kebenaran tidak ada di dalam kita.

If we claim to be without sin, we deceive ourselves and the truth is not in us.
1 JOHN 1:8

Kita harus mengakui dosa kita dan menyesalinya. Apa yang harus anda lakukan, perhatikan:
1. Jika kita mahu dosa-dosa kita diampuni, kita juga harus mengampuni orang yang bersalah kepada kita (mahunya dia melukakan hati kita atau dia menyakiti kita).
Firman Tuhan mengatakan:
Forgive and you will be forgiven. (LUKE 6:37)

Apa yang harus anda lakukan pada saat orang meminta ampun padamu di atas pelanggaran yang telah dia lakukan terhadapmu? Katakan padanya dengan hati yang ikhlas mengampuni, "Kerana kasih Tuhan, aku mengampuni kamu." Bukankah itu damai jika kita saling mengampuni? Jangan menyimpan dendam atau membalas dendam. Banyak firman Tuhan yang mengajar tentang ini.

ROMA 12:17
Janganlah membalas kejahatan dengan kejahatan, lakukanlah apa yang baik bagi semua orang!
ROMA 12:19
Janganlah kamu sendiri menuntut pembalasan, tetapi berilah tempat kepada murka Allah; sebab ada tertulis: Pembalasan itu hak-Ku. Akulah yang akan menuntut pembalasan.

2. Sedar akan dosa/kesalahan kita.
3. Berdoa untuk pengampunan Tuhan.

ROMA 12:12
Bersukacitalah dalam pengharapan, sabarlah dalam kesesakan, dan bertekunlah dalam doa.

4. Mintalah kekuatan dari Tuhan.
Kerana firman Tuhan mengatakan;
Sebab Tuhan, Dia sendiri akan berjalan di depanmu, Dia tidak akan membiarkan engkau dan tidak akan meninggalkan engkau; janganlah takut dan janganlah patah hati.
ULANGAN 31:6-8 (DEUTERONOMY 31:6-8)

5. Berhentilah melakukan/mengulang dosa yang sama.

Maka saudaraku dalam Kristus, yakinilah pengampunan Tuhan dan ampunilah dosa-dosa orang di sekelilingmu ketika dia bersalah kepadamu. Jika Tuhan itu mengampuni kita, maka mengapa tidak kita? Kita ini bersaudara dan kita tetap satu dalam Kristus. Hiduplah dalam kasih kerana KASIH itu DAMAI. KASIH tidak berbuat jahat sesama manusia. Jangan biarkan dosa kita itu menghalangi kita daripada memuliakan kerajaan Bapa di syurga. ALLELUIA!
YES, I THANK U LORD!
~TERIMALAH YESUS DALAM KEHIDUPANMU NESCAYA DIA AKAN MEMIMPINMU~

Buat renungan: Tuhan menguburkan dosaku di tempat yang paling dalam. AMEN!


Terima kasih saudari-saudari dalam Kristus (Little Christ Club)yang telah bersama-sama merenungkan firman Tuhan ini dalam Bible Study kita. ALLELUIA!
(BIBLE STUDY: 16.09.09)

Tuesday, September 8, 2009

Pengerindu Jesus

5:51 AM

Besai pengerindu Nuan Tuhan
Aku terima kasih Jesus
Nuan rindu ka ku Tuhan
Aku anak Nuan
Semina tu Tuhan pemeri aku
Semua pengidupku semengat tubuhku
Aku nadai reta enggau pengeraja
Ti amat berega diberi ke Nuan
Dinga meh Tuhan sembahyang aku
Ubah meh Tuhan pendiau aku
Aku selalu enda ingat ke nuan dalam pengidupku
Besai pengerindu Nuan Tuhan
Aku terima kasih Jesus
Nuan rindu ka ku Tuhan
Aku anak Nuan
Semina tu Tuhan pemeri aku
Semua pengidupku semengat tubuhku
Aku nadai reta enggau pengeraja
Ti amat berega diberi ke Nuan
Sambut meh Tuhan peminta aku
Terima meh Tuhan pemeri aku
Ambi ku ke guna dalam kereja Nuan
Seumur idupku...

Friday, September 4, 2009

YESUS KEKASIH JIWAKU

10:58 PM

Yesus kekasih jiwaku
Sungguh kupercaya padaMu
Karena kasihMu padaku
Kau tebus dosaku
Dari terbitnya matahari dan sampai terbenamnya
Kuangkat lagu pujian
Tinggikan namaMu

Dengan gendang kupuji, kupuji
Dengan kecapi
Kubernyanyi, Alleluia!
Yesus kekasihku

Wednesday, September 2, 2009

Ibu 18 anak hamil lagi

6:13 PM



SPRINGDALE - Sepasang suami isteri yang mempunyai 18 anak di negeri Arkansas, Amerika Syarikat (AS) bakal memperoleh bayi ke-19 pada Mac depan, lapor sebuah akhbar semalam.

Pasangan Michelle,42, dan Jim Bob Duggar,44,turut mendapat kegembiraan berganda kerana anak sulung mereka, Josh serta isterinya Anna bakal menyambut bayi pertama pada bulan depan.

Keluarga besar itu turut muncul dalam program realiti televisyen berjudul 18 Kids and Counting.

Menurut Michelle, dia terkejut kerana hamil lagi. Kehamilan berlaku tanpa dirancang. Sehingga kini, Michelle sudah hamil selama 147 bulan secara keseluruhan dan mempunyai lima bulan lagi sebelum kelahiran bayi ke-19. - Agensi

Source: Kosmo (3 Sept 2009)

MUTATION

3:43 AM

Mutation: damage to genetic material
Mutagens are things that cause mutations, they include:
1. High temperature
2. Toxic chemicals (pesticides, etc)
3. Radiation (nuclear and solar)
- many common place items are capable of causing mutations: microwave, fruit from the store, radar, cellular phone...